<body scroll="auto"><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6342284968024208486\x26blogName\x3dIzzwan\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://muhdizzwanjohar2e2.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3din\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://muhdizzwanjohar2e2.blogspot.com/\x26vt\x3d-446266370587800932', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Profilku...
Nama saya adalah Muhammad Izzwan Bin Johar.Saya berumur 14 tahun.Saya bersekolah di sekolah menegah Springfield.Saya baru sahaja tukar sekolah ke Sekolah Menegah East Spring.

Dengarlah...
< Izinkan Ku Pergi - Kaer
Kawan-kawanku...
Cikgu Sabariah

Saifuddin
Umaimah Ayob
Faiqah Banu
Ismail Hassan
Afifi
Ain
Ajreen Kareema
Azilla
Diyana
Fadhilah
Faheem
Faiqah Hussin
Suhail
Syarifah

Cerita Lama...
<$MTArchiveTitle$> <$MTArchiveTitle$> <$MTArchiveTitle$> <$MTArchiveTitle$> <$MTArchiveTitle$>
Terima Kasih...
Designer
Picture
SC ATR Mrgh
Font

Tempat Berbual...

Bacalah!
Kamis, 16 Oktober 2008

Pusat makanan yang saya sangat sukai adalah Macdonald yang terletak di Tampines Mart.Cawangan itu juga berdekatan dengan sekolah dan rumah saya.Saya akan ke situ apabila adanya masa lapang dan selepas sekolah untuk mengambil makanan tengahari.Pada hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat,ramai orang akan ke sana dan suasana di sana akan menjadi kecoh.Makanan di sana murah dan tempat itu berhawa dingin.Tambahan lagi,cuaca yang panas membuat mereka lebih dahaga.

Apa yang saya tidak boleh lupakan berlaku ketika saya berumur 10 tahun.Pada ketika itu saya baru sahaja pulang dari sekolah dengan tidak makan kerana tidak membawa duit ke sekolah.Saya pulang dan berasa terkejut apabila tiada makanan di rumah.Dengan cepat saya mengambil duit dan berlari ke Tampines Mart untuk membeli makanan.Saya singgah di Macdonald dan membeli makanan.Saya mendapat makanan saya dengan segera selepas mengambil pesanan.

Juga,perkhidmatan di situ juga bagus.Ramai orang berpuas hati membeli makanan di sana.Makanan di Macdonalds juga segera dan sedap-sedap belaka.Saya akan tetap ke sana walaupun seminggu sekali.


Bacalah!
Selasa, 12 Agustus 2008

Pada hari Jumaat lalu,sekolah saya telah membuat sebuah persembahan dengan sambutan hari kebangsaan.Saya telah menghadiri persembahan itu.Saya amat bangga dengan budaya melayu.Murid-murid sekolah East Spring telah mempersembahkan berapa tarian traditional dan dikir barat.Saya amat suka dikir barat kerana mereka telah siap dengan kompang dan baju.Selain menyanyi dalam bahasa melayu,mereka menyanyi dalam bahasa inggeris.

Itu adalah masa dan cara yang baik untuk mengetengahkan budaya Melayu kerana pada hari Kebangsaan,kita menyambut sesama kaum.


Bacalah!
Selasa, 24 Juni 2008

Negera idaman saya adalah negera China.Saya ingin melawat negara itu kerana ia terdapat tempat yang bersejarah.Saya ingin melawati tembok besar negera China.Sewaktu pembinaan tembok besar negara China, ramai pekerja yang membangunkan tembok ini mati kerana cuaca yang sejuk.Tembok besar yang diperintahkan Maharaja Pertama Dinasti Qin adalah untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak Turkic.Ia juga merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17.


Bacalah!
Minggu, 16 Maret 2008

Langit biru. Awan putih bergumpal bagaikan kapas melayang tinggi . Panas matahari bagaikan menyegat kulitku . Aku dan Hazwan telah lambat untuk bertemu dengan kawanku , Adil di Orchard. Kami lalu menaiki MRT supaya dapat tiba ke tempat itu dengan masa yang cepat.

Bagai awan memecah sinar, lampu pada gerabak itu terpadam , sedetik kemudian , gerabak itu terhenti dengan secara tiba – tiba . Air kebimbangan mengalir deras dalam diriku . Aku dan Hazwan terdiam sejenak . Tanpa berfikir panjang, aku menekan tombol keselamatan . Sejurus itu , aku cuba untuk memecahkan pintu keselamatan tetapi tidak berhasil , aku pun meminta pertolongan orang orang yang berada di situ . Aku cuba melihat sekelilingku untuk mencari orang yang memerlukan pertolongan ku Terdapat juga sekumpulan pemuda yang tertawa sesuka hati dan mementingkan diri mereka sendiri . Aku hanya dapat menggeleng- gelengkan kepala. Hazwan telah sibuk menenangkan seorang budak yang sedang menangis itu . Aku mengorak langkah setelah melihat seorang budak kecil yang menangis , kepalanya penuh dengan darah . Aku menggunakan sapu tanganku untuk menahan darah yang mengalir pada dahinya , tangisan budak itu bergenang berkaca – kaca .

Sudah setengah jam berlalu tetapi tiada seorang ahili pasukan yang datang . Renik peluh menghiasi dahiku . Rasa gelisah menyarungi hatiku. Keadaan di dalam MRT itu semakin kecoh dan bising . Asap kelabu semakin banyak membuatku susah untuk bernafas. Kegembiraan mengetuk pintu hatiku tidak lama kemudian , apabila aku ternampak ahli paksukan bomba yang dating untuk menyelamatkan kami . Dengan segera, aku mengangkat budak itu dan keluar secepat mungkin , aku lalu membawanya kepada salah satu ahli pasukan bomba itu untuk membawanya ke hospital .

Aku menelefon Hazwan selepas itu , kami bangga terhadap diri kami kerana telah menolong dan menyelamatkan nyawa seseorang . Kami meminta maaf kepada Adil dan menerangkan apa yang telah terjadi padanya . Selang dua hari , kami mendapati bawaha terdapat seseorang yang bermain api pada ketika itu . Barulah aku sedar kini , memang manusia semuanya berbeza . Kata orang, rambut sama hitam , hati lain – lain . Ada orang yang sanggup berkorban dan ada yang tidak . Banyak yang telah aku pelajari. Aku akan sentiasa ingat hari itu , hari di mana aku menolong orang yang meninggalkan kesan .


Bacalah!
Senin, 03 Maret 2008


Taj Mahal

Taj Mahal adalah salah satu binaan ajaib yang dibina pada zaman purba.Taj Mahal ini juga adalah salah satu dapipada Tujuh Benda Ajaib di dunia ini.Ia terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India.Ia juga merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima.

Kecantikan Taj Mahal ini sungguh menarik pada waktu fajar dan waktu matahari terbenam. Batu marmar berwarna putih pada Taj Mahal ini, akan bercahaya pada bulan penuh.Taj Mahal mula dibina pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648.Ia mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan.

Taj Mahal kekadang dipanggil 'Taj' sahaja adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri .Ustaz mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuk berlian, jed, kristel, topaz dan juga nilam telah digunakan untuk bangunan ini.

Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.


Bacalah!
Rabu, 27 Februari 2008

Nama saya adalah Muhammad Izzwan Bin Johar.Saya berumur 14 tahun.Saya bersekolah di sekolah menegah Springfield.Saya baru sahaja tukar sekolah ke Sekolah Menegah East Spring.Hobi saya adalah bermain bola.